July 30, 2010

Gloomy Feeling....

Just received the news right before Maghrib prayer…
Quite shock since I’m hoping to meet him together with his classmates during their convocation…
They were actually among favorable students of mine…
Always obey what have been assigned to them despite little scarcity of resources here and there…
Suddenly I remember all the moments which I had spend with him…
Still fresh in my mind how he insist in saying that he only going to work up to 35 year old…
After he would like to retired and spend time on doing some other thing…
Somehow he couldn’t make his dream come true since he’s already being called by Him at the age 25…
May his soul will bless by His Almighty Allah…
Al-Fatihah to my nice and obedient student, the late Abdul Salam Zakaria…

P/s: It’s quite ironic here since this morning I’m being blessed by a happy and wonderful moments… being able to learn new things make my life more happier… it appear that He always know what the best for you…

***Update News from Harian Metro Online

Tembung Lori

2010/07/31
Harian Metro

MERSING: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Nitar-Mersing di sini, tengah hari semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Abd Salam Zakaria, 24, berasal dari Felda Teresang 2, Raub, Pahang memandu Proton Gen.2 bersama seorang penumpang dari arah Mersing ke Kluang.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Mersing sementara rakannya, Syed Shariman Syed Isa, 25, berasal dari Perak pula parah dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Kedua-duanya dipercayai kakitangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dalam perjalanan pulang ke tempat kerja mereka di Kuala Lumpur selepas menjalankan tugas di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid mengesahkan kejadian dan menyatakan pemandu lori berusia 32 tahun berasal dari Kluang patah tangan.

“Jalan berkenaan diturap dan mangsa tidak menyedari kehadiran lori dari arah bertentangan ketika memotong menyebabkan kenderaan dinaiki bertembung.

“Orang ramai cuba membantu mangsa tetapi gagal memandangkan mereka tersepit di dalam kenderaan,” katanya.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat kemudiannya dihubungi dan mereka mengeluarkan mangsa setengah jam kemudian.

“Pemandu dinasihatkan berhati-hati ketika melalui laluan sedang dalam pembinaan atau diturap dan sentiasa memastikan mereka mengikut arahan dikeluarkan pengawal bendera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
 
 Setakat ini, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran.